Apakah pengguguran dengan menggunakan pil?

Sesuatu pengguguran perubatan yang menggunakan ubat atau kombinasi tablet untuk menamatkan kehamilan awal tanpa memerlukan pembedahan, selewatnya sehingga minggu ke-10 kehamilan tersebut.

Cara yang paling selamat dan efektif untuk menjalani pengguguran perubatan memerlukan penggunaan dua jenis pil berbeza. Ubat-ubatan ini, dipanggil Mifepristone dan Misoprostol, merangsang penamatan kehamilan secara spontan dari rahim.

Maklumat saintifik tambahan:

Mifepristone dan Misoprostol disenaraikan sebagai ubat-ubatan penting oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.


Mifepristone menghalang hormon progestron, yang diperlukan untuk meneruskan kehamilan. Tanpa hormon ini, telur yang disenyawakan tidak lagi melekat pada dinding rahim, dan rahim mengecut. Misoprostol menambahkan lagi kontraksi dan membantu untuk membuang hasil persenyawaan dari rahim.

 

Mifepristone bersama dengan Misoprostol terbukti sangat berkesan, selamat dan diterima untuk pengguguran semasa trimester pertama. Kesan daripada kaedah pengguguran ini termasuklah kekejangan dan pendarahan seperti datang haid. Kesan sampingan yang biasa termasuklah loya, muntah dan cirit-birit. Risiko untuk komplikasi yang serius amatlah rendah. Penyelidikan mendapati bahawa proses pengguguran perubatan selamat dilakukan di rumah selagi mereka yang menjalani berada dekat dengan hospital atau perkhidmatan kecemasan yang lain.