Adakah pengguguran menggunakan pil berbahaya pada kesihatan?
Tidak. Pengguguran secara perubatan yang dilakukan pada 10 minggu pertama kehamilan mempunyai risiko komplikasi yang sangat rendah. Risikonya adalah sama seperti apabila seorang wanita mengalami keguguran secara semulajadi. Masalah-masalah ini boleh dirawat dengan mudah oleh para doktor.
Daripada setiap 100 wanita yang melakukan pengguguran secara perubatan, hanya 2 atau 3 wanita sahaja yang perlu berjumpa doktor, pergi ke pusat rawatan cemas, atau hospital untuk menerima rawatan perubatan yang lebih lanjut.
Dalam negara-negara di mana kaedah melahirkan anak adalah selamat, 1 dari setiap 15,000 wanita meninggal dunia semasa melahirkan anak. Kurang dari 1 dalam setiap 200,000 wanita yang menggunakan kaedah pengguguran secara perubatan meninggal dunia, menjadikan kaedah pengguguran secara perubatan adalah lebih selamat dari melahirkan anak dan lebih kurang sama selamat seperti mengalami keguguran yang terjadi secara semulajadi. Ini bermakna pengguguran yang selamat dengan menggunakan Mifepristone dan Misoprostol sentiasa menyelamatkan nyawa wanita.