Adakah anda masih boleh hamil dan mempunyai anak selepas melakukan pengguguran dengan pil?
Pengguguran secara perubatan tidak memberi kesan kepada kemampuan anda untuk hamil di masa yang akan datang. Malah, jika anda tidak mahu hamil pada masa ini, adalah penting untuk anda mula menggunakan alat pencegahan kehamilan sebaik sahaja anda memulakan hubungan seks sekali lagi. Risikonya adalah sama seperti selepas mengalami keguguran spontan. Sudah tentu, pencegahan dari terjadinya komplikasi adalah sangat penting.