Mengapakah anda perlu berada dalam jarak 60 minit dari hospital atau pusat kecemasan apabila anda menjalani pengguguran?

Penting untuk anda berada satu jam jauhnya dari mendapatkan bantuan, dalam keadaan di mana anda kehilangan darah. Sama seperti kes di mana seorang perempuan yang keguguran atau ingin melahirkan bayi. Anda tidak semestinya berada di kawasan bandar untuk menjalani pengguguran perubatan. Di kawasan yang ada akses internet, pusat kecemasan asas juga ada di sekitarnya.
Hospital dan pusat kecemasan haruslah mempunyai alatan perubatan yang asas dan staf. Alatan dan kemahiran yang diperlukan sama sahaja seperti untuk perempuan yang mengalami komplikasi kerana keguguran atau kelahiran.

Maklumat saintifik tambahan:

“Pengguguran perubatan boleh digunakan dengan selamat walau dalam keadaan yang paling asas sekali, selagi ada sokongan bantuan yang tersedia untuk merawat perempuan yang mengalami komplikasi atau kegagalan dalam prosedur. Teknik ini adalah teknik yang sama digunakan untuk mereka yang mengalami komplikasi yang yang sama untuk menangani pengguguran spontan. Therefore, established services for routine elective surgical abortion are a not a prerequisite for introducing medical abortion into a given setting.6

 

“Suatu pengguguran melalui pembedahan tidak semestinya diperlukan untuk memberikan pengguguran perubatan; walaubagaimanapun, sokongan bantuan dengan aspirasi vakum patut disediakan.” 4  Aspirasi vakum boleh digunakan tanpa elektrik, menggunakan aspirasi vakum manual. Oleh sebab itu, elektrik tidak diperlukan untuk membantu perempuan yang mmengalami komplikasi.