Bagaimana anda dapat mencegah kehamilan yang tidak diingini di masa hadapan?

Kira-kira 85% wanita yang aktif secara seksual dan tidak menggunakan alat pencegah kehamilan akan hamil dalam masa satu tahun. Seorang wanita boleh hamil ketika sedang menyusu badan, dari sekitar 10 hari selepas melahirkan anak, bahkan ketika beliau sedang haid. Menarik keluar zakar sebelum ejakulasi (kaedah azal) dan menahan diri dari melakukan seks secara berkala tidak dapat mencegah kehamilan atau penyebaran penyakit kelamin. Berikut adalah beberapa kaedah pencegahan kehamilan.

Anda boleh mencegah kehamilan yang tidak diingini dengan:

  • Menahan diri dari melakukan seks secara sepenuhnya
  • Penggunaan alat pencegah kehamilan

 

Sekiranya anda aktif secara seksual dan tidak mahu hamil, anda perlu sentiasa menggunakan alat pencegah kehamilan.

 

Kaedah Pencegahan Kehamilan:

Tiada kaedah pencegahan kehamilan yang memberikan 100% perlindungan.

 

Kondom lelaki berasaskan getah adalah satu-satunya kaedah pencegahan kehamilan yang dianggap sangat berkesan dalam mengurangkan risiko penyakit jangkitan kelamin (STD). Pil perancang kehamilan, Implan dan Alat Dalam Rahim (IUD) tidak memberi pelindungan daripada jangkitan STD.

 

Untuk Para Wanita

DIAFRAGMA adalah cakera getah dengan rim fleksibel yang menutupi serviks dan mestilah digunakan bersama spermisid. Ia boleh didapati melalui preskripsi dari doktor sahaja dan perlu disesuaikan dengan saiz yang dinasihati pengamal perubatan profesional. Diafragma memberi perlindungan selama enam jam dan harus dibiarkan selama sekurang-kurangnya enam jam selepas hubungan seks tetapi tidak boleh melebihi 24 jam.

 

KONTRASEPTIF ORAL memberi perlindungan terhadap kehamilan melalui gambungan tindakan hormon estrogen and progestin. Hormon tersebut menghalang proses ovulasi. Pil perlu diambil setiap hari seperti yang diarahkan dan tidak berfungsi sekiranya anda muntah atau cirit-birit. Kesan sampingan pil tersebut adalah mual, sakit kepala, ketegangan payudara, kenaikan berat badan, pendarahan tidak teratur, dan kemurungan.

 

DEPO-PROVERA adalah alat pencegah kehamilan jenis hormon yang disuntik ke dalam otot lengan atau punggung setiap tiga bulan. Suntikan tersebut mesti diulangi setiap 3 bulan. Kitaran haid akan menjadi tidak teratur dan kadangkala tiada langsung.

 

IMPLAN (seperti Norplant atau Implanon) terdiri daripada rod silinder getah kecil, yang dimasukkan secara pembedahan di bawah kulit lengan, di mana ia akan mengeluarkan steroid levonorgestrel yang boleh mencegah kehamilan. Ia memberi perlindungan dari 3 hingga 5 tahun. Kesan sampingannya termasuklah perubahan kitaran haid, kenaikan berat badan, ketegangan payudara dan kehilangan jisim tulang.

 

Alat Dalam Rahim (IUD) jenis Kuprum adalah alat berbentuk T yang dimasukkan ke dalam rahim oleh pengamal perubatan profesional. IUD tersebut dapat bertahan selama 5 – 10 tahun. IUD adalah salah satu kaedah pencegah kehamilan dengan kadar kegagalan yang paling rendah. Kadangkala, IUD tersebut boleh dikeluarkan dan wanita yang menggunakannya perlu membuat pemeriksaan pada setiap bulan selepas tempoh haid dengan menggunakan jari sekiranya mereka masih boleh merasakan benang IUD di tempat asalnya. Kesan sampingannya adalah pendarahan dan kekejangan otot yang tidak normal, tetapi ini biasanya berlaku semasa dan selepas kemasukan alat tersebut.

 

IUD jenis Hormon pula adalah IUD yang mempunyai lengan kecil mengandungi hormon (progestogen). Ia adalah salah satu bentuk pencegah kehamilan yang paling berkesan. Seterusnya, berdasarkan ciri-ciri IUD yang disebutkan di atas, ia boleh bertahan selama 5 tahun tetapi tidak mempunyai kesan sampingan pendarahan yang berat. Oleh kerana kebanyakan wanita mengalami haid yang ringan dan pendarahan yang kurang (ada juga yang berhenti datang haid serta-merta), ia juga merupakan terapi yang sempurna bagi wanita yang mengalami kitaran haid dengan pendarahan yang berat.

 

PEMANDULAN WANITA dilakukan secara pembedahan. Saluran tiub yang membawa telur (ovum) dipotong dan diikat, menyebabkan sel-sel ovum tidak akan bergabung dengan sel-sel sperma dan mencegah kehamilan di masa akan datang. Ia adalah satu kaedah pencegahan kehamilan yang kekal.

 

KONDOM WANITA diperbuat dari getah yang lembut dan hanya boleh digunakan sekali sahaja. Sebagai kaedah pencegahan kemailan jenis mekanikal yang digunakan oleh para wanita, ia mudah dimasukkan ke dalam faraj sebelum melakukan hubungan seks dan mencegah sentuhan dengan air mani, pengeluaran lelehan lendir dan luka-luka dari kemaluan secara langsung. Ia berbentuk seperti tiub atau sarung getah yang panjang, dengan satu hujung yang tertutup dan satu hujung lagi terbuka, dan di setiap hujung, terdapat sebuah gelang yang fleksibel, yang bertujuan untuk membantu mengekalkan kondom wanita di tempat yang betul sebaik sahaja ia dimasukkan. Kondom adalah satu kaedah yang paling berkesan untuk mengurangkan risiko jangkitan dari virus yang menyebabkan AIDS dan penyakit kelamin (STD).

 

KONTRASEPTIF KECEMASAN mesti diambil dalam masa 3 hari selepas melakukan hubungan seks tanpa perlindungan, bergantung kepada jenis yang digunakan – semakin cepat ia digunakan, semakin berkesan. Ia boleh mencegah kehamilan yang tidak dirancang dengan melambatkan proses ovulasi. Pil pencegah kehamilan yang menggabungkan hormon estrogen dan progesterone juga boleh digunakan. Gunakan dalam masa 72 jam selepas hubungan seks tanpa perlindungan. Satu dos 100 µg ethinylestradiol (= 2 hingga 4 pil pencegah kehamilan bergantung kepada jumlah ethinylestradiol dalam setiap pil), dan 12 jam kemudian, ambil dos yang kedua.

 

ALAT DALAM RAHIM JENIS KUPRUM KECEMASAN mestilah dimasukkan dalam masa 5 hari selepas melakukan hubungan seks tanpa perlindungan. Alat tersebut boleh bertahan selama 5 hingga 10 tahun.

Untuk Para Lelaki

KONDOM kebiasaannya diperbuat dari getah dan hanya boleh digunakan sekali sahaja. Ada kondom yang ditambah spermisid, bertujuan untuk membunuh sperma. Ia bertindak sebagai penghalang mekanikal, mencegah sentuhan faraj dengan air mani, pengeluaran lelehan lender, dan luka-luka dari kemaluan secara langsung. Kondom adalah satu kaedah yang paling berkesan untuk mengurangkan risiko jangkitan dari virus yang menyebabkan AIDS dan penyakit kelamin (STD). Adalah penting untuk memakai kondom dengan betul sebelum melakukan seks.

 

PEMANDULAN LELAKI juga dikenali sebagai vasektomi, adalah sebuah pembedahan ringkas dan singkat yang dilakukan di bawah bius tempatan dengan komplikasi pasca-pembedahan yang kecil, seperti pendarahan dan jangkitan. Ia tidak mempengaruhi keupayaan untuk mencapai ereksi dan ejakulasi. Sel sperma hanyalah sebahagian kecil (1%) dari bendalir badan dan lelaki tersebut tidak merasai sebarang perbezaan semasa proses ejakulasi. Tubuh badan mereka akan menyerap sel sperma tersebut.

 

Kadar Keberkesanan Kaedah Pencegahan Kehamilan yang Berbeza:

  Anggaran Keberkesanan
Kondom Lelaki berasaskan Getah 86%
Kondom Wanita 79%
Diapfragma dengan Spermisid 80%
Kontraseptif Oral Over 95%
Suntikan (Depo-Provera) Over 99%
Implan (Norplant, Implanon) Over 99%
Alat Dalam Rahim (IUD) 98-99%
Pemandulan Pembedahan Over 99%
Kontraseptif Kecemasan 75%