Apa yang berlaku jika anda tidak menggunakan Misoprostol dalam masa selepas mifepristone?

Para doktor menasihati anda untuk menggunakan Misoprostol 24 jam selepas menelan tablet Mifepristone. Walau bagaimanapun, ia juga boleh digunakan lebih awal atau lebih lewat dari waktu tersebut, iaitu dari 12 hingga 72 jam selepas menelan Mifepristone.

Maklumat saintifik tambahan:

 

Kajian telah menunjukkan bahawa untuk wanita yang telah hamil selama 8 minggu atau kurang dari itu, keberkesanan Misoprostol adalah sama, tidak kira sama ada diambil pada 12 jam, 24 jam, 48 jam, atau 72 jam selepas Mifepristone. Walaupun kami menggalakkan para wanita untuk menggunakan Misoprostol 24 jam selepas Mifepristone, dan kami sangat menggalakkan para wanita untuk mengikuti semua arahan penggunaan yang betul, jika seorang itu mengambil keputusan untuk menggunakannya lebih awal atau lebih lewat sedikit dari waktu yang dicadangkan, ia tidak memberi kesan ke atas hasil pengguguran secara perubatan.