Apakah kemungkinan terjadi kecacatan janin sekiranya anda mengalami kehamilan yang berterusan?
Sekiranya anda mengalami kehamilan yang berterusan selepas menggunakan Misoprostol, risiko anda melahirkan bayi dengan kecacatan janin akan meningkat. Walau bagaimanapun, risiko ini sangat rendah, kurang dari 1 dalam 1000. Risiko ini adalah lebih rendah berbanding risiko normal anda akan melahirkan bayi dengan Sindrom Down.
Risiko yang sangat rendah ini tidak akan wujud apabila wanita tersebut telah menggunakan Misoprostol selepas minggu ke-12 kehamilannya!
Sekiranya boleh, kami menasihatkan para wanita yang sedang hamil untuk menjalani pengguguran secara pembedahan atau perubatan untuk menamatkan kehamilan supaya boleh mengelakkan risiko kecacatan janin sepenuhnya.
Maklumat saintifik tambahan:
Kajian menunjukkan bahawa janin yang terdedah pada Mifepristone sahaja dan tidak digugurkan akan terus berkembang secara normal. 26 Pendedahan janin pada Misoprostol boleh menyebabkan kecacatan, seperti kecacatan di tengkorak dan kelainan pada anggota badan (dikenali sebagai Sindrom Mobius). 59 Walau bagaimanapun, risiko untuk melahirkan bayi yang mengalami kecacatan setelah menggunakan Misoprostol masih lagi rendah dan hampir-hampir tidak boleh diukur. 47
Sebagai perbandingan: Risiko untuk melahirkan bayi yang mengalami Sindrom Down adalah 1/1,300 bagi wanita yang berusia 25 tahun; pada usia 35 tahun, risiko tersebut meningkat kepada 1/365. 52 Hanya wanita hamil berusia 35 tahun ke atas sahaja yang diperiksa untuk Sindrom Down, menunjukkan bahawa risiko janin yang mengalami Sindrom Down adalah lebih rendah dari 1 dalam 365 dianggap boleh diterima. Risiko ini adalah lebih tinggi berbanding risiko Sindrom Mobius akibat dari penggunaan Misoprostol (kurang dari 1/1000).
Oleh kerana sekatan pengedaran Mifepristone, ramai wanita pada masa ini perlu menggunakan Misoprostol sahaja, walaupun ia kurang berkesan. Dengan memastikan rejimen rawatan yang lebih berkesan tersedia, perkhidmatan bantuan pengguguran ini menjadikan prosedur pengguguran di rumah lebih selamat bagi para wanita dan mengurangkan kemungkinan kehamilan akan beterusan dan mengakibatkan kelahiran bayi yang cacat, walaupun risikonya adalah sangat rendah.