Bagaimana untuk mengetahui sekiranya pengguguran tidak selesai?

Pengguguran yang tidak selesai adalah pengguguran yang hanya berjaya sebahagiannya sahaja. Kehamilan telah tamat – tiada fetus yang akan berkembang, tetapi badan anda hanya mengeluarkan sebahagian dari tisu dan hasil dari kehamilan. Sekiranya anda merasai pendarahan yang berterusan, terlalu banyak pendarahan (lebih dari datang haid biasa), kesakitan di perut yang tidak berkurang selepas beberapa hari mengambil Misoprostol, kesakitan yang tidak tertahan, demam, pendarahan berterusan selepas tiga minggu atau kesakitan apabila anda menekkan perut anda, pengguguran anda mungkin belum selesai. Anda mesti pergi ke hospital atau berjumpa dengan doktor untuk menjalani ujian ultrasound dan untuk dirawat sekiranya anda mempunyai salah satu dari simptom ini. Ini adalah sangat penting kerana tisu dan darah yang masih ada di dalam badan boleh menyebabkan pendarahan yang teruk atau jangkitan. Rawatan untuk pengguguran yang tidak selesai adalah sah di mana-mana sahaja.

Di negara di mana perempuan boleh dihukum kerana menjalani pengguguran, anda tidak perlu memberitahu kakitangan perubatan bahawa anda cuba untuk menggugurkan kandungan, anda boleh memberitahu anda mengalami keguguran spontan. Tidak ada ujian yang boleh menunjukkan bahawa seseorang perempuan itu telah menjalani pengguguran perubatan. Amat penting untuk merawat pengguguran yang tidak selesai. Rawatan untuk pengguguran yang tidak selesai dipanggil aspirasi vakum atau pengkuretan. Mana-mana klinik yang menangani komplikasi keguguran boleh membantu perempuan yang mengalami pengguguran yang tidak selesai, kerana simptomnya sama. Kadang-kadang rawatan dengan 2 tablet Misprostol tambahan mungkin memadai.

  Seberapa kerapkah  pengguguran yang tidak selesai selepas pengguguran secara perubatan?
Tempoh kehamilan %  pengguguran yang tidak selesai
0-77 hari 1.6%
78-83 hari 2.6%
83-91 hari 3.4%  

20 21 22 17

 

New research of home assessment outcome of abortion: