Apakah ubat tahan sakit yang boleh anda gunakan?
NSAID’s seperti Ibuprofen dan Diclofenac adalah ubat tahan sakit yang paling berkesan. Sekiranya anda tidak boleh menggunakan ubatan ini, Paracetamol atau Tylenol (acetaminophen) juga boleh membantu.
Untuk sesetengah perempuan, kesakitan seperti kekejangan rahim mungkin amat penting, tetapi yang lain mungkin tidak. Ia amatlah penting untuk tahu betapa kuatkah kesannya terhadap anda. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami mencadangkan anda untuk mengambil ubat tahun sakit sekurang-kurangnya sejam sebelum mengambil Misoprostol.
Anda boleh mengambil satu lagi dos ubat tahan sakit 4 jam selepas mengambil dos yang pertama.
Sila baca arahan untuk pesakit pada bungkusan ubat tahan sakit yang telah anda dapatkan untuk dos maksimum yang boleh anda gunakan.
Mohon JANGAN gunakan anti-spasmodics. Sebagaimana Misoprostol menyebabkan rahim kecut untuk menyingkirkan kehamilan, anti-sposmadics mungkin akan mengganggu proses pengguguran. 87 99