Maklumat mengenai Penggunaan Pil Misoprostol yang Tersedia di Kawasan Tempatan Anda

Di beberapa negara, Misoprostol boleh didapati di farmasi dan ia mungkin adalah pilihan yang lebih baik untuk menjalani pengguguran dengan menggunakan Misoprostol sahaja. Untuk menamatkan kehamilan sehingga 12 minggu usia kandungan, seseorang wanita memerlukan 12 biji pil Misoprostol.

Untuk mendapatkan arahan terperinci mengenai bagaimana untuk melakukan pengguguran dengan menggunakan Misoprostol sahaja, sila layari laman web Women on Waves.

 

Anda juga boleh melihat sebuah peta dengan maklumat mengenai setiap negara, undang-undang berkaitan pengguguran, ketersediaan dan nama-nama jenama Misoprostol.

 

Dapatkan Misoprostol hanya dari farmasi atau sumber yang boleh dipercayai. Malangnya, terdapat banyak penipuan dan ubat-ubatan palsu yang dijual di pasaran gelap. Baca amaran mengenai perkara ini dengan lebih lanjut di sini.

 

Di beberapa negara, Talian Utama Pengguguran Selamat boleh memberikan anda maklumat mengenai penggunaan Misoprostol dan kaedah pengguguran selamat yang lain melalui telefon. Klik di sini untuk melihat senarai talian-talian utama.

Sekiranya anda memerlukan bantuan atau maklumat mengenai cara menggunakan Misoprostol sahaja, sila tuliskan e-mel kepada info@womenonweb.org.