Apakah yang akan terjadi sekiranya anda menjalani pengguguran dengan pil selepas 10 minggu pertama kehamilan?

Pengguguran perubatan telah terbukti berkesan digunakan semasa trimester pertama (12 minggu) dan ia telah digunakan dengan berkesan pada trimester kedua. (13)

Pada tahun 2004, The Royal College of Obstetricians and Gynaecologists menyediakan panduan klinikal berdasarkan penyelidikan, yang menyatakan rejimen perubatan yang menggunakan Mifepristone dengan kombinasi Misoprostol adalah alternatif yang selamat dan berkesan selain dari pembedahan untuk mereka yang hamil anda 9-13 minggu. 20

 

Sekiranya anda telah hamil lebih dari 12 minggu dan ingin menjalani pengguguran perubatan, ubat-ubatan ini masih berkesan dan boleh menyebabkan pengguguran. Namun begitu, risiko komplikasi akan meningkat dan anda akan memerlukan rawatan dan perhatian doktor selepas itu (sila rujuk jaduah di bawah tentang komplikasi untuk menentukan berapa banyakkah peningkatan risiko untuk anda). Oleh sebab itu, amatlah disarankan untuk anda mengambil pil tersebut di dalam bilik rawatan di hospital atau di dalam kafe yang dekat dengan hospital. Dalam keadaan ini, sekiranya anda memerlukan bantuan perubatan dengan segera, anda berada dekat dengan hospital. Simptomnya sama sahaja seperti keguguran. Sekiranya anda berada di hospital untuk mendapatkan rawatan, adalah penting untuk anda memberitahu bahawa anda mengalami keguguran, kerana anda mungkin berhadapan dengan hukuman sekiranya anda didapati cuba untuk menggugurkan kandungan. Simptom dan rawatannya tetap sama.

 

Anda juga mungkin akan kehilangan banyak tisu dan darah, tetapi juga fetus (saiz bergantung kepada usia kehamilan), yang boleh dikenalpasti. Ia boleh mengganggu fikiran anda apabila melihatnya. Sekiranya anda tidak ada cara lain, membuat pengguguran perubatan lebuh selamat dari kaedah yang berbahaya untuk menggugurkan kandungan, iaitu memasukkan objek tajam ke dalam vagina, makan bahan kimia toksik seperti peluntur atau menumbuk dan mencederakan badan anda. Anda tidak seharusnya menggunakan kaedah berbahaya ini!

 

Rujukan lanjut

  • Keselamatan dan keberkesanan yang sama ketika menggunakan Misoprostol 24 jam selepas Mifepristone, untuk menjalani pengguguran perubatan semasa trimester kedua http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/23812471
  • Pengguguran perubatan dengan Misoprostol selepas Mifepristone selepas minggu ke-13 kehamilan http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/16045525
  • Keberkesanan yang sama dengan penggunaan berulang Misprostol selepas menggunakan Mifepristone dalam minggu kehamilan ke-12 hingga minggu ke-20

Maklumat saintifik tambahan:

Pengguguran perubatan telah terbukti berkesan semasa trimester pertama (12 minggu) dan ia berkesan digunakan semasa trimester kedua. 13 Walaubagaimanapun, dengan kehamilan yang lebih panjang, risiko komplikasi semasa pengguguran perubatan meningkat. Pengguguran secara pembedahan akan dijalankan kerana kegagalan ubat-ubatan ini ataupun pendarahan yang banyak. 17 104 105

 

Tempoh kehamilan

% keperluan untuk bantuan perubatan

0- 49 hari (0-7 minggu)

2 %

40-63 hari (7-9 minggu)

2.5%

64-70 hari (9-10 minggu)

2.7%

71-77 hari (10-11 minggu)

3.3%

77-84 hari (11-12 minggu)

5.1%

85-91 hari (12-13 minggu)

8%

 

Penjagaan perubatan seterusnya termasuklah aspirasi vakum untuk kehamilan yang berterusan ataupun pengguguran yang tidak selesai.


Untuk kehamilan dari hari ke-49 hingga hari ke-64 (7-9 minggu), 0.2% dari mereka yang menjalani pengguguran mungkin memerlukan pengkuretan kecemasan sekiranya berlaku pendarahan (atau 1 dalam 500 dari mereka yang menjalani pengguguran). 22

 

Ia sama seperti risiko kejutan anafilaktif (amat jarang berlaku) selepas menggunakan penisilin. 57

 

Untuk kehamilan dari hari ke-64 hingga hari ke-93 (9-13 minggu), 0.4% dari mereka yang menjalani pengguguran mungkin memerlukan pengkuretan kecemasan sekiranya berlaku pendarahan. 20

 

Malah untuk kehamilan lebih dari 13 minggu, hanya 5.2% dari mereka yang menjalani pengguguran memerlukan pembedahan untuk mengeluarkan hasil kehamilan kerana mereka meneruskan kehamilan atau pengguguran yang tidak selesai.  54

 

Pada tahun 2004, The Royal College of Obstetricians and Gynaecologists menyediakan panduan klinikal berdasarkan penyelidikan, yang menyatakan rejimen perubatan yang menggunakan Mifepristone dengan kombinasi Misoprostol adalah alternatif yang selamat dan berkesan selain dari pembedahan untuk mereka yang hamil anda 9-13 minggu. 20

 

Sekiranya seseorang itu tidak ada pilihan dalam undang-undang dan tidak mahu menggunakan perkhidmatan pengguguran ini, dia akan cenderung untuk menjalani penggguguran yang tidak selamat. Terdapat beberapa kaedah yang sangat bahaya untuk merangsang pengguguran, termasuklah memasukkan alat yang tajam ke dalam vagina, menggunakan bahan kimia toksik seperti peluntur atau menumbuk dan mencederakan abdomen untuk menyebabkan pengguguran. Lebih selamat sekiranya mereka menggunakan pengguguran perubatan dari kaedah-kaedah tersebut. 32