Pada masa bilakah anda tidak boleh menggunakan ubat-ubatan tersebut?
Anda tidak boleh menggunakan ubat-ubatan tersebut sekiranya:
- seseorang memaksa anda untuk menamatkan kehamilan anda.
- anda berasa tidak pasti untuk menamatkan kehamilan anda.
- hari pertama tempoh haid terakhir anda adalah lebih dari 10 minggu yang lalu.
- anda mempunyai alahan terhadap Mifepristone, Misoprostol, atau prostaglandins
- anda mempunyai salah satu dari penyakit tersebut: kegagalan adrenal kronik, kegagalan hati, masalah pendarahan, penyakit keturunan porphyries. (Adalah amat jarang sekali untuk anda menghidapi penyakit ini dan tidak tahu langsung mengenainya)
- Anda mengalami kehamilan ektopik (kehamilan luar rahim)
- Anda tidak dapat pergi ke hospital atau pusat rawatan kecemasan dalam masa satu jam
- Anda bersendirian. Anda patut mengajak pasangan, rakan, atau orang yang boleh dipercayai untuk menemani anda ketika anda menggunakan ubat-ubatan ini.
Sekiranya anda mempunyai alat dalam rahim (IUD, kami menasihatkan untuk mengeluarkannya terlebih dahulu sebelum menggunakan ubat-ubatan tersebut, jika boleh.