Mengapakah perkhidmatan pengguguran ini diperlukan?

Perkhidmatan pengguguran yang selamat boleh melindungi nyawa dan kesihatan perempuan apabila mereka perlu menamatkan kehamilan yang tidak dirancang. Perkhidmatan pengguguran ini mempercayai perempuan untuk membuat keputusan yang sedia maklum dengan penuh kesedaran tentang tubuh badan mereka.

Pengguguran adalah intervensi perubatan yang paling banyak dilakukan di dunia. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, setiap tahun, 56 juta perempuan memilih untuk menjalani pengguguran untuk tujuan peribadi. Masih ramai lagi perempuan tidak mendapat akses kepada perkhidmatan pengguguran yang selamat dan terpaksa merisikokan kesihatan dan nyawa mereka. Mereka cuba untuk menamatkan kehamilan mereka dengan menggunakan jarum, sabun, memukul abdomen mereka. Mereka mendapatkan pengguguran dari individu yang tidak menjalani latihan perubatan dalam keadaan yang tidak bersih dan selamat. Ini amat berbahaya dan tidak patut dilakukan. Servis ini menawarkan alternatif yang selamat dengan memberikan akses kepada pengguguran perubatan yang selamat, untuk mereka yang memerlukannya.

Women on Web membantu perempuan untuk mencapai definisi kesihatan yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia. “Kesihatan adalah keadaan kesejahteraan fizikal, mental dan sosial yang lengkap dan bukan sekadar ketiadaan penyakit atau kelemahan.”  (Perlembagaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang diadaptasi pada 1946 oleh semua ahli Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebagai definisi operatif kesihatan). Terdapat banyak dokumentasi tentang perempuan yang merisikokan kesihatan dan nyawa mereka untuk mendapatkan pengguguran yang tidak selamat dari orang yang tidak mempunyai kelayakan, dalam keadaan yang tidak bersih dan selamat, dan hal ini berpunca dari terhadnya akses kepada perkhidmatan pengguguran yang selamat. Akses kepada pengguguran yang sah dan selamat diperlukan untuk melindungi nyawa dan kesihatan perempuan yang hamil.

 

https://www.guttmacher.org/fact-sheet/induced-abortion-worldwide