Bagaimana jika anda menggunakan pil Mifepristone dan kemudian mengambil keputusan untuk tidak menggunakan pil Misoprostol?

Jika, atas sebab apa sekalipun, anda menggunakan pil Mifepristone dan kemudian mengambil keputusan untuk tidak menggunakan pil Misoprostol sebagai sebahagian dari protokol pengguguran secara perubatan, terdapat beberapa perkara yang mungkin akan berlaku.

  1. Anda mungkin akan mengalami pengguguran sempurna tanpa perlu menggunakan pil Misoprostol.
  2. Anda mungkin akan mengalami pengguguran yang tidak sempurna, di mana janin tersebut tidak lagi aktif dan berhenti membesar, tetapi hasil dari kehamilan (seperti darah, sel tisu) tidak keluar dari badan anda. Ini perlu dirawat dengan aspirasi vakum (kaedah penyedutan).
  3. Terdapat juga kemungkinan bahawa kehamilan anda tetap berterusan. Sekiranya anda mengambil keputusan untuk meneruskan kehamilan anda, adalah tidak mungkin pil Mifepristone akan menyebabkan sebarang malformasi (kecacatan) pada janin di masa yang akan datang.

 

Maklumat saintifik tambahan:

 

Kajian menunjukkan bahawa janin yang telah terdedah kepada hanya Mifepristone sahaja dan tidak digugurkan akan terus berkembang secara normal.