Bolehkah anda makan atau minum semasa anda menggunakan pil-pil perubatan tersebut?
Anda tidak dibenarkan minum sebarang air beralkohol atau menggunakan dadah, kerana ia boleh menjejaskan penilaian dan keputusan anda. Anda boleh makan makanan dan minum air seperti biasa. Walau bagaimanapun, oleh kerana sesetengah wanita mengalami loya-loya dari penggunaan pil Misoprostol, anda mungkin makan makanan yang ringan dan tidak terlalu berat.